VIVIX MERAWAT BUASIR
CARA MERAWAT BUASIR DENGAN BERKESAN Buasir merupakan masalah kesihatan yang telah menjejaskan ramai orang terutamanya mereka yang kerap mengalami sembelit. Bila alami buasir, proses pembuangan air besar jadi tidak selesa dan boleh jadi menyakitkan. Apa itu buasir? Buasir adalah suatu keadaan di mana urat vena di bahagian dalam rektum (buasir dalaman) atau di hujung dubur (buasir luaran) membengkak dan mengalami keradangan. Buasir adalah perkara biasa. Hampir tiga daripada empat orang dewasa akan mempunyai buasir dari masa ke semasa. Kadang-kadang buasir tidak mencetuskan gejala tetapi pada masa yang lain ia boleh menyebabkan gatal-gatal, rasa tidak selesa dan pendarahan. Ada sesetengah kes, segumpal darah boleh terbentuk dalam buasir (buasir 'thrombosed'). Keadaan ini tidak berbahaya tetapi boleh menjadi amat menyakitkan. Namun, jangan risau. Terdapat banyak pilihan yang berkesan untuk merawat buasir. Gejala at...